Sunday, January 27, 2008

Tips 2 : Pengukuh & Penstabil Institusi Keluarga

Para bapa/suami harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan institusi keluarga yang telah dibina sekian lama. Institusi keluarga yang mantap dan kukuh memerlukan seorang bapa dan suami yang mampu memimpin dengan adil dan saksama.

Yang paling utama memimpin keluarga berlandaskan akidah yang mantap dengan berpandukan kepada Al-Quran dan As Sunnah. Jadilah penstabil dan pengukuh dari aspek fizikal, kewangan, mental dan emosi keluarga. Kestabilan dan pengukuhan sel-sel keluarga ini akan menyumbang pula kepada kestabilan masyarakat dan negara.

Wednesday, January 23, 2008

Tips untuk Bapa dan Suami

Ada 5 tips yang saya ingin kongsikan bersama untuk 'Tips untuk Bapa & Suami'. Hari ini saya akan mendedahkan salah satu daripadannya.

Tips 1 : Bapa atau Suami mestilah
"Berperanan seolah Ketua Pegawai Eksekutif. (CEO) "

Bapa atau suami bolehlah diangap sebagai seorang 'CEO' dalam sebuah syarikat. Beliau mestilah mempunyai sifat kempimpinan yang tinggi dan mampu melaksanakan tugasdengan berkesan.

Sebagaimana seorang CEO yang sentiasa berusaha menggerakkan inisiatif baru dalam syarikat, seorang bapa atau suami juga harus memikirkan langkah-langkah bernas bagi menyediakan keluarga yang kental berdepan dengan pelbagai cabaran.

Sebagai ketua keluarga / CEO, hendaklah sentiasa berdoa dan menghayati firman Allah SWT dalam Surah Furqaan, ayat 74 agar mereka dan keturunan mereka menjadi pemimpin orang-orang yang bertakwa.

Friday, January 11, 2008

Tip Membesarkan Anak Part 2

Hari ini saya akan ceritakan mengenai 5 tip lagi mengenai tip membesarkann anak.

6. Perbuatan
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-2 yang sedang membesar. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin merasai dan mengalami setiap perkara termasuklah membuat kesilapan.

7. Sambutan Ulang Tahun.
Buatlah sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Pemberian dari ibu bapa akan membuatkan anak anda belajar menghargai dan berterima kasih terhadap pemberian anda.

8. Masa
Luangkan masa bersama anak anda di luar rumah, pimpinlah tangan anak-anak anda apabila nda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kehadiran mereka amat penting dalam keluarga.

9.Penghargaan
Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga pada masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anada. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun telah rosak. Tanyalah mereka dahulu sekiranya anda ingin membuang barangan kesayangan mereka kerana mungkin mereka amat sayang barang tersebut.

10. Kerja
Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke ruamh. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting dari keluarga. Jadi jika di rumah anda perlu lebih banyak luangkan masa bersama anak anda.

Thursday, January 10, 2008

Tip Membesarkan Anak

Dah lama saya tak menulis di ruangan ini. Hari ni saya terasa untuk berkongsi mengenai tajuk ini. Saya akan kongsikan 10 Tip membesarkan anak, hari ini 5 dan esok 5 tip lagi.

Anak merupakan anugerah Allah yang paling berharga. Sebagai ibubapa kita diamanatkan untuk menjaga dan mendidik anak dengan sempurnasupaya dapat menjadi orang yang berguna satu hari nanti.
1. Nama
Mulakan dengan panggilan nama yang baik.Nama panggilan yang tidak baik akan menyebabkan anak anda berasa merendah diri dan malu.
2. Pelukan
Berikan pelukan kepada anak anda setiap hari. Mengikut kajian anak yang dipeluk setiap haru akan mempunyai kekuatan minda yang lebih tinggi berbanding anak yang jarang dipeluk. Pandanglah anak anda dengan pandangan yang penuh kasih sayang. Pandangan inin akan membuatkan anak anda lebih yakin apabila berhadapan dengan persekitarannya.
3. Pujian
Berikan pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Ini menunjukkan anda menghargai kebolehan anak anda.
4. Didikan
Didalam mendidik dan membesarkan anak-anak, janganlah anda mengeluh. Keluhan hanya akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka menjadi beban kepada ibu bapanya. Anda sepatutnya gembira dikurniakan cahayamata kerana anak adalah penyeri dalam rumah tangga.
5. Cerita
Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tidak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunjukkan minat yang mendalam terhadap celoteh anak anda. Ini dapat merapatkan hubungan ibu dan anak.