Thursday, March 06, 2008

Suami, Sokonglah Isterimu Dalam Penyusuan Susu Ibu

Saya melayari pengunjung blog terbaru saya ratuhati.com dan tertarik dengan artikel ini... Suami, Sokonglah Isterimu Dalam Penyusuan Susu Ibu.

Saya tahu ramai yang menyokong dan ramai juga yang tidak menyokong penyusuan susu ibu.

Peranan dan penglibatan suami sangat penting dalam menyokong dan meneruskan penyusuan bayi secara eksklusif. Tanpa sokongan anda, isteri anda mungkin tidak dapat meneruskan misi untuk menyusukan bayi secara eksklusif.

Bagaimana Susu Ibu Boleh Menguntungkan dan Menyenangkan Anda

  1. Kurang Kos Membesarkan Anak
  • Susu ibu adalah percuma.
  • Cuba anda bandingkan kos susu formula yang paling murah selama dua tahun dengan susu ibu selama dua tahun.
2. Kos perubatan yang lebih rendah.
  • Bayi susu ibu kurang mendapat ajngkitan beberapa jenis penyakit termasuk penyakit yang biasa menyerang bayi dan kanak-kanak seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya.
  • Kurang lampin diperlukan.
    Jadi belanja bulanan/tahunan anda untuk lampin pakai buang adalah kurang berbanding jika anak anda menyusu susu formula.

3.Anak Lebih Sihat dan Ceria

  • Kurang Risiko Pelbagai Jenis Penyakit
    Anak anda kurang risiko mendapat alahan, asma, jangkitan telinga, masalah obesiti danbanyak lagi penyakit yang datang semasa anak kecil atau setelah dia besar. Anak anda juga lebih sukar untuk mendapat ruam lampin.
  • Anak mendapat pelukan ibu semasa sedang disusukan.
    Anak anda juga mudah dipujuk jika menangis dengan memberikannya susu badan. Bayi juga lebih mudah ditidurkan.

4.Ibu Lebih Sihat

  • Ibu kurang risiko mendapat sakit kanser pangkal rahim, kanser payudara dan lain-lain kanser berkaitan wanita.
  • Rahim ibu lebih cepat sembuh selepas kelahiran kerana penyusuan menggalakkan pengecutan rahim.

5.Anda Ada Lebih Masa Untuk Rehat

  • Anda tidak perlu pening memikirkan jenis susu formula yang hendak dibeli.
  • Anda kurang ke klinik kerana anak anda lebih kuat antibodinya. Jadi masa untuk anda rehat adalah lebih.
  • Anda tidak perlu bangun malam membuat susu anak. Susu ibu sentiasa sedia! 24x7.
  • Jika hendak berjalan, anda tidak perlu menyediakan bekal air dan bekal susu untuk dibancuh.
  • Anda juga dapat pahala sebab Islam amat menggalakkan penyusuan susu ibu untuk bayi.


Banyakkan kebaikannya? Jadi, sokonglah isteri anda memberikan susu badan kepada permata hati anda berdua.

Bagaimana Anda Boleh Menyokong Isteri Anda

  1. Dapatkan Ilmu tentang penyusuan
  • Suami perlu mengetahui kepentingan penyusuan susu ibu.
  • Menghadiri kelas pendidikan kesihatan ante natal bersama isteri.

 2. Sokongan Moral

  • Menemani isteri di bilik bersalin untuk memberi sokongan.
  • Bantu isteri mendapat posisi penyusuan yang selesa. Jika perlu bawakan isteri bantal untuk menyokong bayi ketika menyusu.
  • Bawakan isteri segelas air setiap kali isteri menyusukan bayi.
  • Bantu isteri rasa relaks dan bertenang.
  • Bantu dalam urusan penyediaan makanan keluarga dan kerja-kerja rumah.
  • Tunjukkan kasih sayang dan simpati.
  • Berikan sokongan moral terutamanya jika isteri mendapat bantahan atau tanggapan negatif untuk menyusukan bayi daripada kawan-kawan atau keluarga atau masyarakat.
  • Bantu isteri menguruskan anak seperti menukarkan lampin, menyendawakan bayi atau menguruskan anak yang lebih besar.
3. Sokongan Kewangan/Peralatan
  • Hadiahkan isteri pam atau apa-apa alat penyusuan yang isteri perlukan.
  • Berikan hadiah sebagai tanda kasih anda atas usaha isteri menyusukan anak.
Ramai ibu-ibu yang risau bentuk badan dan payudara tidak seperti sebelum menyusukan anak....jangan risau kami ada penyelesaiannya. Murah dan mudah dan terbukti berkesan. Nak tahu email saya....shazz6776@yahoo.com

Ayah...Role Model Anak-anak

Dalam membina institusi keluarga bahagia, peranan lelaki sebagai dan bapa bukan sahaja diharapkan oleh isteri dan anak-anak tetapi juga dituntut oleh agama.

Walaupun semua lelaki yang berkahwin mempunyai matlamat membina keluarga bahagia dan cuba melaksanakan tanggungjawab sebaik yang mungkin, namun perlaksanaannya banyak cabaran dan dugaan.

Paling utama mempunyai nilai-nilai murni dalam diri setiap kali berinteraksi dengan ahli keluarga. Dalam hubungan dengan isteri hendaklah jujur, amanah dan mempunyai kepimpinan yang boleh diyakini dan digantungkan harapan serta menjadi pelindung kepada isteri.

Dengan anak-anak, bapa mestilah menjadi 'Role Model' dan tempat rujukananak-anak. Selain menyediakan segala kemudahan anak juga perlu perhatian dan belaian seorang bapa. Sifat mendidik dan membimbing perlu ada dalam diri bapa ideal.

Amalkan gaya hidup sihat, tidak minum minuman keras, merokok, berjudi, mengambil dadah dan berfoya-foya diluar rumah atau tidak pulang tanpa alasan. Semua ini meninggalkan kesan negatif dalam diri isteri dan anak-anak.

Lumrah manusia tidak ada yang sempurna, pasti ada kelemahan dan kekurangan.

Kehidupan perlu ada matlamat, oleh itu perancangan adalah perlu.