Thursday, March 06, 2008

Suami, Sokonglah Isterimu Dalam Penyusuan Susu Ibu

Saya melayari pengunjung blog terbaru saya ratuhati.com dan tertarik dengan artikel ini... Suami, Sokonglah Isterimu Dalam Penyusuan Susu Ibu.

Saya tahu ramai yang menyokong dan ramai juga yang tidak menyokong penyusuan susu ibu.

Peranan dan penglibatan suami sangat penting dalam menyokong dan meneruskan penyusuan bayi secara eksklusif. Tanpa sokongan anda, isteri anda mungkin tidak dapat meneruskan misi untuk menyusukan bayi secara eksklusif.

Bagaimana Susu Ibu Boleh Menguntungkan dan Menyenangkan Anda

  1. Kurang Kos Membesarkan Anak
  • Susu ibu adalah percuma.
  • Cuba anda bandingkan kos susu formula yang paling murah selama dua tahun dengan susu ibu selama dua tahun.
2. Kos perubatan yang lebih rendah.
  • Bayi susu ibu kurang mendapat ajngkitan beberapa jenis penyakit termasuk penyakit yang biasa menyerang bayi dan kanak-kanak seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya.
  • Kurang lampin diperlukan.
    Jadi belanja bulanan/tahunan anda untuk lampin pakai buang adalah kurang berbanding jika anak anda menyusu susu formula.

3.Anak Lebih Sihat dan Ceria

  • Kurang Risiko Pelbagai Jenis Penyakit
    Anak anda kurang risiko mendapat alahan, asma, jangkitan telinga, masalah obesiti danbanyak lagi penyakit yang datang semasa anak kecil atau setelah dia besar. Anak anda juga lebih sukar untuk mendapat ruam lampin.
  • Anak mendapat pelukan ibu semasa sedang disusukan.
    Anak anda juga mudah dipujuk jika menangis dengan memberikannya susu badan. Bayi juga lebih mudah ditidurkan.

4.Ibu Lebih Sihat

  • Ibu kurang risiko mendapat sakit kanser pangkal rahim, kanser payudara dan lain-lain kanser berkaitan wanita.
  • Rahim ibu lebih cepat sembuh selepas kelahiran kerana penyusuan menggalakkan pengecutan rahim.

5.Anda Ada Lebih Masa Untuk Rehat

  • Anda tidak perlu pening memikirkan jenis susu formula yang hendak dibeli.
  • Anda kurang ke klinik kerana anak anda lebih kuat antibodinya. Jadi masa untuk anda rehat adalah lebih.
  • Anda tidak perlu bangun malam membuat susu anak. Susu ibu sentiasa sedia! 24x7.
  • Jika hendak berjalan, anda tidak perlu menyediakan bekal air dan bekal susu untuk dibancuh.
  • Anda juga dapat pahala sebab Islam amat menggalakkan penyusuan susu ibu untuk bayi.


Banyakkan kebaikannya? Jadi, sokonglah isteri anda memberikan susu badan kepada permata hati anda berdua.

Bagaimana Anda Boleh Menyokong Isteri Anda

  1. Dapatkan Ilmu tentang penyusuan
  • Suami perlu mengetahui kepentingan penyusuan susu ibu.
  • Menghadiri kelas pendidikan kesihatan ante natal bersama isteri.

 2. Sokongan Moral

  • Menemani isteri di bilik bersalin untuk memberi sokongan.
  • Bantu isteri mendapat posisi penyusuan yang selesa. Jika perlu bawakan isteri bantal untuk menyokong bayi ketika menyusu.
  • Bawakan isteri segelas air setiap kali isteri menyusukan bayi.
  • Bantu isteri rasa relaks dan bertenang.
  • Bantu dalam urusan penyediaan makanan keluarga dan kerja-kerja rumah.
  • Tunjukkan kasih sayang dan simpati.
  • Berikan sokongan moral terutamanya jika isteri mendapat bantahan atau tanggapan negatif untuk menyusukan bayi daripada kawan-kawan atau keluarga atau masyarakat.
  • Bantu isteri menguruskan anak seperti menukarkan lampin, menyendawakan bayi atau menguruskan anak yang lebih besar.
3. Sokongan Kewangan/Peralatan
  • Hadiahkan isteri pam atau apa-apa alat penyusuan yang isteri perlukan.
  • Berikan hadiah sebagai tanda kasih anda atas usaha isteri menyusukan anak.
Ramai ibu-ibu yang risau bentuk badan dan payudara tidak seperti sebelum menyusukan anak....jangan risau kami ada penyelesaiannya. Murah dan mudah dan terbukti berkesan. Nak tahu email saya....shazz6776@yahoo.com

2 comments:

che Yah said...

assalamualaikummm saya amat sokong sangat kalau suami-suami kat luar tu ambil bahagian juga dalam hal ini..bukan kita suruh di yang susukan beby..paling tidak pun ada disebelah dam beri sedikit sokongan pada kita cukup ler...

suami tidak tahu betapa sakitnya ibi-ibi yang melahirkan seorang tokoh ne...dia hanya mahu itu dan ini sahaja heheh...suami-suami kat luar tu ambil lah hati isteri,jangan asyik nak komplen sajer....bukan isteri tak nak buat cuma keadaan dan masa yang padat terutama yang berkerja....maklumlah bila pagi kerja dan malam baru jumper anak,nak beri susu (susu badan) suami asyik hisap rokok ajer bagi yang perokok ataupun jumper kawan....aper salahnya belikan@buatkan air kalau boleh herba ker,kalau isteri sihat suami juga yang untung heheheh.sebab bila malam suami pula yang nak minum susu heheheh ..gurau ajer


ok ikhlas dari Che Yah
www.padharba.com

Beautisleep said...

Saya setuju bahawa suami mamainkan peranan yang besar atas keputusan si isteri untuk menyusui bayi mereka. Saya amat bersyukur memiliki suami yang tergolong dalam kategori ini. Putera saya yang berusia 3 1/2 tahun kini sangat sihat berbanding rakan-rakan sekelas yang lain. Dia jarang-jarang ponteng sekolah kerana sakit.